Penamaan Titisan salji

Nama generiknya Galanthus, daripada Yunani gala (susu) dan anthos (bunga), telah diberikan pada genus itu oleh Carl Linnaeus pada 1735. Beliau memerikan Galanthus nivalis dalam Species Plantarumcode: la is deprecated beliau yang diterbitkan pada 1753. Julukan nivalis pula bermaksud "daripada salji", merujuk sama ada pada bunganya yang bak salji ataupun perbungaan awal tumbuhan ini.[4]

Nama umum "snowdrop" julung kali muncul dalam Great Herbal oleh John Gerard keluaran 1633 (dalam keluaran sulung (1597), beliau memerikannya sebagai "Timely flowring Bulbus violet"). Asal-usul namanya tidak jelas, sungguhpun ia boleh datang daripada kata Jerman Schneetropfen, iaitu sejenis anting-anting yang terkenal sekitar waktu itu.[5] Nama umum tradisional Britishnya termasuk "February fairmaid", "dingle-dangle", "Candlemas bell", "Mary's taper"[6] dan, di sebahagian Yorkshire, "snow piercer" (semacam nama Perancisnya, perce-neigecode: fr is deprecated ).[7]

Rujukan

WikiPedia: Titisan salji http://bonap.net/MapGallery/County/Galanthus%20niv... http://apps.kew.org/wcsp/namedetail.do?name_id=307... http://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.or... http://www.theplantlist.org/tpl1.1/record/kew-3075... http://www.worldcat.org/oclc/15866997 https://books.google.com/books?id=xqBkQgAACAAJ https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/6342763 https://books.google.com.my/books?id=59ipDwAAQBAJ&... https://doi.org/10.1097%2F00002826-198303000-00001 https://doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2011-1.RLTS.T162...